Pagi Ahad Yang Terbit
Aku bangun di pagi Ahad
Tanpa cara mendokong kepala yang perit
Bersama sarapan bir itu bukanlah aneh
Diteguk sekali lagi ketika pencuci mulut
Digeledah almari mencari pakaian
Dan terjumpa baju kotor terbersih
Aku cuci mukaku dan rambut disisir
Dilangkah tangga untuk bertemu hari
Mindaku diasapi malam sebelumnya
Dengan rokok bersama pilihan runut lagu
Aku nyalakannya dan melihat si kecil
Dia bermain menyepak sebiji tin
Aku merentas ke seberang jalan
Tersingkap bau masakan ayam Ahad
Oh tuhan, aku sememangnya sungguh kehilangan
Sesuatu di dalam satu perjalanan
Di pinggir jalan Ahad ini
Aku berharap Tuhan, khayalkan diriku
Kerana sesuatu tentang Ahad
Buatku sentiasa kesunyian
Tiada yang sulit seperti kematian
Dengan hampir kesunyian setiap runut bunyi
Di pinggir jalan sepi ini
Apabila pagi Ahad mula terbit
Di taman aku melihat seorang ayah
Dengan ketawa gadis kecil di buaian
Aku berhenti sejenak di sekolah Ahad
Mendengar lagu mereka nyanyikan
Aku turun jauh di jalan itu
Dari jauh dentingan loceng bermain
Gemanya tersebar di ngarai ini
Ibarat hilangnya mimpi hari semalam